KOTA BHARU: Datuk Seri Najib Razak menjanjikan tujuh perkara akan dilaksanakan Barisan Nasional (BN) jika berjaya merampas Kelantan daripada PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi.
BN berjanji akan membina Lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, membina stadium baru, mengatasi masalah air, membina 3,000 rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA), membina UiTM bandar Kota Bharu, membina masjid negeri bernilai kira-kira RM50 juta dan menyediakan perkhidmatan bas Rapid Kota Bharu.
Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan program Jelajah Janji Ditepati peringkat Kelantan di Tunjung dekat sini, sebentar tadi.