BN tidak berkompromi dengan pihak jadi dalang mahasiswa bertindak luar batasan

20:54 |


KUALA LUMPUR : Pemuda Barisan Nasional tidak akan berkompromi dengan perbuatan mana-mana pihak yang menjadi dalang sehingga menyebabkan golongan muda, terutama mahasiswa, bertindak di luar batasundang-undang dalam memperjuangkan sesuatu.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata ini kerana menghormati undang-undang merupakan perkara nombor satu yang harus ada pada diri setiap mahasiswa jika mereka mahu bergiat aktif dalam politik serta berjuang di samping Pemuda BN bagi membela nasib rakyat dan negara.

Beliau mengulas isu Umar Mohamad Azmi, 23, pelajar tahun akhir kolej swasta yang dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret pada Jumaatselepas didapati bersalah menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Umar sebelum itu terlibat dengan gerakan 'Occupy Dataran' yang berhimpun diDataran Merdeka pada 23 April lepas untuk memperjuang penghapusan Tabung Pinjaman Pendidikan Nasional dan pendidikan percuma.

Khairy berkata seorang mahasiswa dididik untuk menjadi pemimpin pada masadepan namun jika tersalah memilih jalan dan melanggar undang-undang, akan hanyamenyebabkan diri serta keluarga merana.

"Sama ada Umar diperalat oleh pihak tertentu demi kepentingan politik pihaktersebut, itu kena tanya Umar sendiri... tetapi apa yang terjadi kepada Umaramat berat hati saya nak lihat dan baca," katanya kepada pemberita selepasmerasmikan Malaysian Youth Buskers Fest 2012 di Suria Esplanade KLCC.

Festival sehari itu, yang menampilkan 200 pemuzik muda dari seluruh negara, mendapat sambutan menggalakkan, terutama di kalangan pengunjung KLCC termasukpelancong asing.

Sehubungan itu, Khairy menasihati mahasiswa di negara ini supaya menggunakan saluran yang betul dan menghormati batasan undang-undang jika ingin memperjuangkan sesuatu isu.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri sanggup turun padangmendengar apa yang mahu dikatakan mahasiswa, beliau juga mendengar melaluipelbagai saluran seperti media sosial dan sebagainya.

"Sebagai negara demokrasi, kita telah sediakan cukup saluran untuk mahasiswamenyalurkan apa yang berada di minda mereka, jadi mengapa perlu berdemonstrasidi sana sini dan langgar undang-undang, untuk apa?" katanya - Bernama
Read more…

Lukisan sebagai medium dakwah

16:52 |
Abd. Ghafur Tahir (kanan) bersama anaknya yang banyak membantu beliau pada Karnival Kesenian Islam anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini.


USAHA memartabatkan al-Quran tidak pernah terhenti, malah pelbagai idea baru sentiasa diilhamkan oleh Allah SWT kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.

Ini jelas terbukti sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya kamilah yang menurunkan al-Quran, dan sesungguhnya kami benar-benar memeliharanya. (al-Hijr: 9)

Pelbagai seni dan reka bentuk kreatif kian dihasilkan oleh umat Islam di seluruh dunia. Terbaru, insan bertuah terpilih, Abd. Ghafur Tahir membuktikan bakat yang dikurniakan apabila berjaya menghasilkan lukisan kaligrafi ayat al-Quran terbesar di dunia.

Menjadikan misi mengajak masyarakat untuk mengenal dan memahami al-Quran sebagai perjuangan hidup, pemilik Galeri Art Ghafur itu sentiasa memikirkan usaha untuk menghasilkan rekaan kreatif sebagai landasan bagi menarik minat umat Islam mendekati al-Quran.

Usaha murninya akhirnya diperkenankan oleh Allah SWT apabila beliau kini sedang menyempurnakan lukisan kaligrafi ayat al-Quran terbesar bersaiz 7x10 kaki itu yang kesemuanya dianggarkan sebanyak 604 helai lukisan ayat al-Quran.

"Sejak mula dihasilkan pada dua tahun lalu, sebanyak 30 helai lukisan telah berjaya disiapkan iaitu merangkumi juzuk pertama dan kedua dalam surah al-Quran.

"Setiap helaian ayat al-Quran yang dihasilkan menggunakan warna akrilik di atas kanvas itu semuanya dihasilkan dengan corak dan rekaan lukisan berbeza yang mempunyai mesej tersendiri untuk disampaikan kepada masyarakat.

"Untuk menghasilkan lukisan ayat al-Quran ini bukan mudah kerana ia memerlukan penumpuan dan ilham idea yang perlu disempurnakan segera. Setiap sehelai lukisan tersebut perlu diselesaikan dalam tempoh kurang daripada lapan jam," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena Karnival Kesenian Islam anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, baru-baru ini.

Karnival yang berlangsung selama tiga hari itu turut mempamerkan 50 lukisan pelbagai saiz berkonsep Islam dan ketuhanan karya milik Ghafur.

Selain itu, karnival bertemakan Solusi Muzik dan Kaligrafi itu turut menyediakan pelbagai aktiviti lain termasuk pameran kaligrafi, marhaban, kelas latihan alat muzik dan kutipan tabung dana bantuan untuk Palestin.

Ghafur berkata, setiap helaian lukisan kaligrafi ayat al-Quran tersebut menggunakan seni khat berbeza iaitu khat nasakh, thuluth, rik'ah, farsi, diwani dan kufi.

Medium dakwah

Ghafur yang tidak pernah mempelajari, apatah lagi mengetahui seni kaligrafi bernekad menghasilkan sesuatu kelainan dalam penghasilan nafkah al-Quran kerana didorong oleh semangatnya yang mendalam.

Sehinggalah pada 2010, terlintas difikirannya untuk merealisasikan cita-cita yang dibina sejak 10 tahun lalu untuk menghasilkan naskah al-Quran dengan gaya kontemporari dan tersendiri.

"Hobi saya ialah melukis sejak kecil lagi. Tetapi mula aktif menceburi bidang ini sejak 2007. Namun, kebanyakannya adalah lukisan berbentuk abstrak," ujarnya.

Beliau berkata, bukan bertujuan untuk mengaut keuntungan, tetapi lukisan ayat al-Quran tersebut diharap menjadi landasan baginya untuk memanfaatkan bakat yang dikurnia bagi berdakwah dan mengajak orang ramai kepada Islam.

"Mengaplikasikan gabungan khat menggunakan warna yang segar dan seni kontemporari dalam versi abstrak diharap dapat menarik perhatian orang ramai yang memandang terhadap keindahan kesenian Islam.

"Saya berharap menerusi kaedah lukisan seni kaligrafi ayat al-Quran ini dapat mengembalikan kegemilangan al-Quran dan menarik minat masyarakat seluruh dunia terhadap kitab suci Allah SWT ini," katanya.

Tambahnya, untuk menghasilkan reka bentuk lukisan itu bukan hanya memerlukan pengalaman dan kreativiti, malah menuntut kepada ketulusan dan keikhlasan pelukis.

Dibantu oleh seorang pelukis dari Pakistan, In'am dan empat lagi anak lelakinya, beliau kini menyasarkan untuk menyempurnakan lukisan kaligrafi ayat al-Quran tersebut pada 2015.

Bagaimanapun, beliau berharap sumbangan daripada pelbagai pihak dalam memberikan bantuan untuk menampung perbelanjaan kos menyempurnakan lukisan nafkah al-Quran yang bernilai RM1.2 juta.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh berbuat demikian dengan menemui Ghafur di Galeri Art Ghafur, Ruang Legar Space U8, Shah Alam.
Read more…

Mahasiswa Keadilan pertikai usaha Aspirasi Mahasiswa pejuang isu WiFi di kampus

18:30 |





Kuala Lumpur - Mahasiswa Keadilan mempertikai usaha MPP Aspirasi Mahasiswa dalam usaha menambah baik kemudahan Wi-Fi yang berada di kampus-kampus.

Kenyataan itu dibuat di twitter rasmi Mahasiswa Keadilan antara lainnya menyebut mahasiswa perlu berbahas isu nasional bersama Perdana Menteri dan menyatakan bahawa Aspirasi sudah ketandusan idea.

Kenyataan tersebut dikeluarkan semasa Konvensyen Pemimpin Mahasiswa IPT yang dirasmikan oleh Y.A.B Perdana Menteri semalam

Namun kenyataan tersebut disangkal oleh peserta yang menyertai konvensyen berkenaan dan menyifatkan kenyataan berkenaan sebagai tidak matang.

Mohd Safwan,20, berkata "Saya tidak nampak dimana ketandusan idea Aspirasi seperti yang dikatakan oleh Mahasiswa Keadilan kerana wakil MPP menyerahkan resolusi yang berkaitan isu kebajikan mahasiswa"

"Isu yang dibawa ialah isu untuk menaik taraf WiFi disetiap kampus yang sudah tentu memakan belanja yang besar.Sekiranya usaha ini berjaya,usah kata Aspirasi,Mahasiswa Keadilan pun turut mendapat faedahnya walaupun mereka penyokong pembangkang"

"Sepatutnya sebagai satu entiti gerakan mahasiswa,Mahasiswa Keadilan perlu menyokong segala usaha yang membawa kepada kebaikan semua mahasiswa"

"Sebenarnya itulah peranan sebenar MPP kerana mereka dipilih untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa,dan adalah lebih baik sekiranya isu kebajikan berkenaan mendapat perhatian penuh di peringkat tertinggi kepimpinan negara"

"Dalam resolusi berkenaan,bukan sahaja isu Wi-Fi yang menjadi tajuk utama malahan pengerusi MPPK,saudara Hafiz Ariffin turut menyentuh isu pelajar yang menyewa di luar kampus meminta agar kerajaan menambah jumlah asrama bagi tujuan penempatan"

"Walaupun YAB Perdana Menteri cadangan penambahan asrama bergantung kepada peruntukan perbelanjaan kerajaan,namun ia jelas menunjukkan kerajaan sedia ada bersikap realistik dan tidak hanya menaburi janji semata-mata"

Beliau turut menjelaskan kenyataan Mahasiswa Keadilan mencerminkan parti politik yang menunggangi mereka.

"Saya lihat kenyataan mereka hanya untuk kepentingan politik semata-mata dan langsung tidak berminat untuk menyentuh isu kebajikan mahasiswa"

"Negara kita tidak akan melangkah lebih jauh sekiranya fokus utama parti politik hanya untuk berpolitikn 24 jam dan tidak menitikberatkan isu kebajikan rakyat"

"Banyak platform lain yang boleh digunakan untuk berbahas mengenai isu negara.Namun saya tidak mengatakan tidak boleh cuma dalam keadaan ini adalah lebih baik kita para MPP bekerjasama membincangkan isu kebajikan mahasiswa untuk diberi perhatian kepada pimpinan tertinggi negara"

"Kita dapat lihat contoh kepimpinan MPPK yang lepas memperjuangkan isu kad diskaun siswa dan akhirnya menjadi isu nasional yang begitu popular.Ia bermula daripada komitmen memperjuangkan isu kebajikan mahasiswa pada asalnya"

Beliau juga turut menasihati Mahasiswa Keadilan agar lebih matang sebelum membuat kenyataan.

Dalam konvensyen berkenaan Perdana Menteri turut menyerahkan replika cek baucer buku 1Malaysia yang bernilai RM325 juta untuk pelajar IPT seluruh negara.
Read more…

Najib Arah KPT selesaikan masalah Wi-Fi di kampus untuk keselesaan mahasiswa

14:07 |
Y.A.B Perdana Menteri dalam ucapannya merasmikan Konvensyen Pemimpin Pelajar IPT yang dihadiri oleh
Majlis Perwakilan Pelajar seluruh Malaysia semalam

KUALA LUMPUR 15 Dis - Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Kementerian Pengajian Tinggi mencari kaedah berkesan bagi memastikan kampus-kampus institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara menerima liputan Wi-fi berkelajuan tinggi.

Perdana Menteri berkata, kerajaan prihatin terhadap keluhan pelajar-pelajar IPT berhubung masalah liputan Wi-fi di kampus masing-masing.

Beliau turut memberitahu, bilangan asrama di kampus IPT bakal ditambah bergantung kepada peruntukan kewangan kerajaan.

"Bagaimanapun, saya tidak akan menjanjikan perkara yang saya tidak mampu tunaikan semata-mata untuk menjadi popular.

"Saya percaya kepimpinan mesti berasaskan kepada moraliti iaitu apabila saya berjanji, saya akan tepati," katanya ketika berucap menyampaikan amanat dalam majlis Perdana Menteri Bersama Pemimpin Pelajar IPT sempena Konvensyen Pelajar IPT 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam ini.

Yang turut hadir, Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan Pengerusi Jemaah Yang Dipertua yang juga Presiden IPT Malaysia, Mohd. Hafiz Arifin.

Terdahulu, Mohd. Hafiz dalam ucapannya memohon pertimbangan kerajaan untuk menambah peruntukan membiayai projek menaik taraf perkhidmatan jalur lebar di kampus-kampus IPT.

Selain itu, Mohd. Hafiz turut menyuarakan kesulitan yang dihadapi kira-kira 60 peratus pelajar IPT di seluruh negara yang terpaksa menyewa kediaman di luar kampus ekoran masalah kekurangan asrama.

Dalam pada itu, Najib menjelaskan, transformasi politik yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional (BN) turut memberi ruang kepada pelajar-pelajar IPT menunjukkan kematangan dalam isu-isu yang mencakupi kepentingan rakyat dan negara.

"Kita mahu generasi baharu hari ini di kesemua universiti lebih peka, lebih prihatin, lebih tahu, lebih sedar, lebih bermaklumat tentang apa yang perlu mereka lakukan untuk membawa negara ke tahap yang lebih hebat," ujarnya.

Kata beliau, generasi muda juga perlu diberi kepercayaan dan kerajaan telah membuktikannya menerusi pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang membuka ruang kepada pelajar-pelajar IPT melibatkan diri dalam politik kepartian.
Read more…