Catatan : Adibah Farliyana Amin @MyMahasiswa
Langkah pertama
Selepas menghadiri kursus kesukarelawanan ke Vietnam anjuran YSS di Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) pada 30 November hingga 2 Disember yang lalu,alhamdulillah sy bersama 5 yang lain telah terpilih untuk menjalani misi kesukarelawanan tersebut.
Dalam kursus ini juga kami diajar selok belok dunia sukarelawan serta diterangkan dengan lebih lanjut mengenai situasi di negara berkenaan yng pastinya memberi banyak input kepada saya dan rakan-rakan yang lain.
 |
| Kumpulan pertama YSS ke Vietnam |
1M4U dan YSS
Ramai yang keliru adakah 1M4U dan YSS adakah keduanya merupakan platform yang berbeza atau sebaliknya.Pada asasnya,keduanya membawa teras yang sama iaitu menjalankan aktiviti kesukarelawanan.Namun fokus utama YSS ialah program kesukarelawanan diluar lingkup negara dimana ianya memfokuskan negara dunia ketiga seperti Cambodia,Laos,Myanmar dan Vietnam.Ia ditubuhkan untuk pelajar IPT dalam menceburi bidang kesukarelawanan
Manakala IM4U pula skopnya lebih luas iaitu menjurus kepada semua belia di seluruh negara.Fokus 1M4U ialah program kesukarelawanan di dalam negara.Mana-mana belia yang berminat untuk menjalankan program kesukarelawanan boleh menghantar 'proposal' paper kepada 1M4U untuk dana.
Bagi saya,keduanya adalah insiatif yang begitu baik daripada Y.A.B Perdana Menteri,Dato' Seri Najib Razak khusus untuk mendekatkan belia dalam aktiviti kesukarelawanan yang sebenarnya pada saya,merupakan satu aktiviti yang sihat dan patut dipupuk dalam jiwa anak muda masa kini.
YSS dinaungi oleh Y.B Menteri KPT,Datuk Seri Khaled Nordin,KSU KPT sebagai pengerusi dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi sebagai timbalan.Diketuai oleh Tuan Syed Agil bin Syed Al Sagoff.Ia telah ditubuhkan dibawah akta Syarikat 1965 sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) dan telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mulai pada 24 Ogos 2011.
Pada saya,pendekatan ini adalah pendekatan yang terbaik bagi memupuk kefahaman generasi kini tentang usaha-usaha yang dibuat oleh kerajaan khususnya dalam memartabatkan serta memperkasa peranan dan penglibatan anak muda dalam menggerakkan sesebuah negara serta memperkenalkan Malaysia sebagai hub pendidikan yangmelahirkan sukarelawan global.
Permulaan misi
Ini merupakan pengalaman baru dalam hidup kami.Saya mewakili Universiti Malaya,Syafiq mewakili UMT,Iqbal UPM,Naem UMP,Esther USM dan Wong UKM.Bergelar 'duta' YSS sebenarnya secara tidak langsung membawa nama negara dan sudah pasti segala tindak tanduk kami melambangkan negara yang kami wakili.Harapan kami supaya kedatangan kami ke sana diterima baik oleh masyarakat Vietnam seterusnya mencerminkan imej yang positif kepada Malaysia.
Bangun seawal jam 4 pagi di UTM Jalan Semarak yang merupakan penempatan sementara sebelum menunggu ketibaan penerbangan jam 9 pagi.Mata membengkak.Kedatangan kedua ibubapa memberikan semangat amat saya hargai. Sempat mkn kfc.Haha.Tepat jam 9 pagi pesawat berlepas.
 |
| Gambar sebelum berlepas |
We are already at Vietnam!
Tiba di Tan Son Nha Airport tepat pukul 10.40 pagi. Perjalanan yang singkat namun Alhamdulillah sempat melelapkan mata.Setibanya disana, kami disambut oleh Encik Helmy Sulaiman, Education Atashee Malaysia dan Encik Vue, wakil dari Communist Youth Union. Kami dibawa ke ibu pejabat Communist Youth Union di Ho Chi Minh dan diberi penerangan terperinci mengenai jadual sepanjang kami berada di sini. Encik Helmy turut memberi penerangan kepada kami tentang bagaimana cara hidup orang Vietnam.Bertambah lagi pengetahuan kami.Menurut apa yang diterangkan Vietnamese mementingkan 3 perkara : Fun, Freedom and Happiness. Sejujurnya ,orang Vietnam sangat cantik dan comel.Keindahan pertama di negara orang.
 |
Saya (tiga dari kiri) bersama Encik Helmy Sulaiman dan skuad sukarelawan YSS
ke Vietnam |
Makan tengah hari kami di Halal Saigon milik orang Malaysia dan kemudiannya dibawa.Tidak sah melawat negara orang tanpa mencuba makanan istimewa disini.Beef noodle dan spring roll antara yang sempat kami cuba.Lazat.Paling lazat ialah kopinya.Tuyet Voi Qua.
Penggunaan hon?
Kami sempat bersiar-siar menaiki tourist van. Sistem trafic disini berbeza dengan negara kita. Mereka menggunakan hon bagi menggantikan lampu isyarat.Mungkin juga Indonesia menggunakan sistem ini menurut pengalaman rakan Apa yang saya perhatikan,cuma terdapat satu sahaja lampu isyarat disitu namun seperti tidak berfungsi kerana tidak diggunakan.Kenderaan paling banyak ialah motosikal.
Penggunaan kereta disini ialah sangat jarang.Menurut apa yang saya ketahui,hanya orang yang benar-benar kaya dan berada sahaja yang mempu menggunakan kereta.Apa pun saya sangat respect dengan sense of aware Vietnamese di jalan raya - Menggunakan hon namun masih mampu menguruskan trafik dengan baik.
Vinh Loc B
Jam 4.30 petang, kami bergerak ke kawasan perkampungan yg akan kami diami selama 2 minggu.Sebuah daerah kecil yang kurang pendedahan.
Setibanya disini kami disambut oleh sukarelawan vietnam yg akan turut bersama-sama kami. Hang, Vanh, Vu n Chinh nama yang sempat saya ingat. Saya kira perkongsian nilai masyarakat timur adalah sama kerana penduduk kampung disini turut menyambut kedatangan kami.Rasa dialu-alukan teramat sangat.Mereka peramah,comel dan yang paling mengujakan saya dan rakan-rakan yang lain ialah walaupun terdapat halangan dan berkomunikasi namun mereka berusaha untuk berkomunikasi dengan kami.
It's a wonderful place to stay .Betapa friendly mereka ini. Tuan rumah pun sangat baik. Mereka amat gembira apabila orang luar datang ke kampung mereka.
Sempat juga memasak bersama untuk makan malam kali pertama disini.Sedikit lewat kerana pergi ke pasar dahulu.
Malam menginjak,kami membuat perbincangan untuk rancangan pada hari esok.Sebelum tidur,saya terfikir kembali, sebenarnya rasa sangat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan Communist Youth Union kerana tidak semua orang dapat bekerjasama dengan.Kami antara yang bertuah.Penduduk sangat
Mata sudah berat. Masih mengimpikan untuk menempuh pengalaman lebih menarik esok.Sambungan di artikel kedua bertajuk "Memorial Park"
"Hope dapat bagi their senyuman last forever"
P/S : Gambar lebih banyak akan diupload kemudian.Kekangan internet..