Trofi Milik Faizal Tahir Terjual RM50,000

14:47 |




Trofi milik Faizal Tahir terjual RM50,000 : Faizal Tahir telah melelong trofi miliknya sebagai satu usaha membantu meringankan beban rakyat Gaza yang diserang rejim Zionis Israel.

Bukan satu atau dua, malah kesemua trofi yang pernah dimenanginya akan dilelong mengikut harga yang dibida.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila satu trofi milik penyanyi versatil ini berjaya dijual dengan harga RM50,000.

Faizal yang sangat bersyukur dengan nilai yang diterima telah mengesahkannya menerusi Twitter miliknya dan akan mengumumkan pembeli trofi itu pada majlis khas Palestin, hari ini.-ForBlogger
Read more…

Keberkesanan Transformasi Politik,Buka Ruang Pelajar Malaysia Di Luar Negara

14:36 |

KUALA LUMPUR: Keberkesanan transformasi politik yang diperkenalkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak membuka ruang kepada pelajar Malaysia di luar negara untuk bersama-sama menyumbang idea bagi menghadapi cabaran perubahan landskap politik di negara ini.


Presiden Kelab UMNO Auckland (New Zealand), Noor Liyana Nouxman, berkata dalam pertemuan di antara presiden parti dan ahli kelab UMNO luar negara, dua perkara penting digariskan iaitu perubahan persekitaran politik di Malaysia dan peranan pengundi muda. Beliau berkata, sekiranya dulu parti politik bersatu untuk mencapai kemerdekaan, kini perubahan persekitaran memberikan impak berbeza terhadap landskap politik negara.

Kedua, katanya, faktor 50 peratus pengundi baru turut mengubah latarbelakang pengundi di Malaysia, iaitu suara golongan muda perlu didengar.

"Di sini Kelab UMNO Luar Negara memainkan peranan untuk menarik lebih ramai belia menyertai parti ini. Sekiranya golongan belia tidak menyertai UMNO, sekurang-kurangnya mereka menyokong UMNO dan tidak menentang kerajaan," katanya ketika ditemui selepas sesi pertemuan Presiden UMNO dan ahli kelab UMNO luar negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

Pertemuan antara pemimpin tertinggi UMNO dan ahlinya yang berada di seberang laut itu selama setengah jam adalah bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang berlangsung selama lima hari bermula Selasa lalu. Mengulas pertemuan dengan Najib, Noor Liyana berkata, dengan cara mendekati pemimpin ia membolehkan jurang antara ahli kelab di luar negara dirapatkan.

Malah, katanya, usaha mengadakan pertemuan dengan pemimpin negara berperanan untuk meningkatkan semangat patriotik terhadap Malaysia.

"Kami yang berada di luar negara tidak tahu apa yang berlaku di Malaysia. Peluang seperti ini memberi peluang kepada semua ahli kelab dan rakyat Malaysia di seberang laut untuk mengenali pemimpin kita," katanya.
Read more…

Mahu Kenal Lebih Ramai Wanita UMNO Untuk Sama-Sama Berjuang - Nurul Faatin Razali

22:59 |
Kuala Lumpur, 27 Nov – “Saya berharap agar dapat mengenali ahli-ahli wanita yang lain untuk sama-sama berjuang dalam perjuangan kita sekarang ini” ujar Nurul Faatin Razali, 22, salah seorang penerima anugerah Nadi Negara yang berlangsung pada hari ini”.

Mewakili Universiti Malaya , anak bongsu daripada 3 beradik ini berkata anugerah Nadi Negara merupakan anugerah tertinggi yang pernah dicapainya semenjak dari bangku sekolah lagi.


Dalam pada itu beliau turut berterima kasih kepada Biro Pengajian Tinggi Wanita UMNO kerana memberi peluang kepadanya untuk berada di pentas wanita UMNO bersama penerima anugerah lain.

Merupakan penerima keenam daripada senarai penerima anugerah bagi mahasiswi, beliau berkata anugerah ini adalah hadiah buat kedua  ibubapanya yang tidak jemu-jemu memberikan sokongan dan dorongan untuk terus berjaya dalam pelajaran.

"Saya juga turut berterima kasih kepada rakan-rakan khasnya daripada Penggerak Mahasiswa yang selalu memberikan tunjuk ajar khususnya dan untuk bergiat aktif di peringkat universiti".

Mengulas tentang  anugerah yang diterimanya, beliau menyatakan bahawa ia merupakan salah satu cara wanita UMNO menghargai wanita khasnya dalam pembangunan negara.

"Peranan wanita juga harus diperluaskan lagi khasnya di universiti kerana mereka adalah golongan yang dominan" tambahnya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk membantu UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihanraya Umum 13 yang akan datang sekiranya diberi peluang.


Read more…

Pinda AUKU Jerat Pembangkang,Lebih Ramai Mahasiswa Sokong BN - Khairy Jamaluddin

21:34 |


KUALA LUMPUR, 27 November - Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin tengahari tadi melancarkan Kelab Penyokong BN IPTA yang terdiri daripada mahasiswa IPTA seluruh Malaysia yang mana menyaksikan lebih ramai mahasiswa menyokong ASPIRASI kerajaan berbanding pembangkang.

Pelancaran Kelab itu bertujuan memperkenalkan mahasiswa dan membuka ruang kepada mereka merasai sendiri suasana politik dalam BN tanpa mengira bangsa dan agama.


Ketika bercakap dihadapan kira-kira 3000 mahasiswa seluruh negara di Dewan Tun Razak 2, beliau menyatakan pihak pembangkang kini terjerat dengan tindakan mereka sendiri bila AUKU dipinda bagi membolehkan mahasiswa terlibat secara lebih aktif dalam politik. Ini kerana semakin jelas lebih ramai mahasiswa yang menzahirkan sokongan mereka kepada UMNO dan BN.

Ketika ditemubual Putrajaya Online, beliau berkata "pelancaran ini tidak melibatkan Jabatan Hal Ehwal Pelajar di Universiti kerana kita masih terikat dengan kelulusan akta AUKU."

"Setakat ini, kita akan melancarkan mengikut Zon yang mana akan dipecahkan kepada zon utara, tengah, timur, barat dan Sabah serta Sarawak. Kita akan bergerak lebih agresif dan rasional dengan menarik seberapa ramai mahasiswa untuk membantu BN dalam PRU-13 ini" kata Khairy lagi.

Menurut YDP MPP Universiti Malaysia Pahang, Abdul Na'em Suhaime, "Kelab penyokong BN IPTA akan bertindak sebagai wadah penyampai berita eksklusif dan sahih daripada pihak BN sendiri. Semoga dgn penubuhan kelab ini, setiap pergerakan dan inisiatif BN tidak diputarbelit untuk kepentingan pihak yang tidak bertanggungjawab."

Dalam perkembangan yang sama, YDP MPP Universiti Pendidikan Sultan Idris, Mohd Fadlillah Bin Mukhatar, "Pelancaran Kelab Penyokong BN IPTA telah mencipta satu transformasi politik yang positif selaras dengan pindaan AUKU yang membenarkan pelajar terlibat politik luar. Hal ini memberi kelebihan kepada mahasiswa untuk membawa idealisme mahasiswa kepada transformasi politik. Pelancaran Kelab ini juga menunjukkan kerajaan pimpinan Dato Seri Najib memberi perhatian dan mendekati mahasiswa serta generasi Y".

"Melalui penubuhan ini, secara tidak langsung akan melahirkan lebih ramai mahasiswa pendokong aspirasi dan dasar-dasar kerajaan disamping menjadi medium untuk mahasiswa mendekati pemimpin serta memberi idea utk memajukan negara," ujarnya lagi. - Putrajaya Online
Read more…

Anugerah Nadi Negara Bukan Hanya Milik Graduan Wanita

19:07 |


KUALA LUMPUR : Anugerah Nadi Negara yang diperkenal Wanita Umno untuk mengiktiraf graduan wanita cemerlang sejak tiga tahun lepas, buat pertama kalinya tahun ini turut diberi kepada graduan lelaki.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata penganugerahan itu adalah untuk menghargai semua graduan yang menunjukkan prestasi akademik dankepimpinan cemerlang di institusi pengajian tinggi awam tanpa mengira jantina.

"Anugerah ini turut akan memberi motivasi kepada mereka untuk meningkatkan prestasi masing-masing dan kami mahu lihat kedua-dua pun sama naik umpama irama dan lagu," katanya sebelum menyampaikan anugerah itu kepada 36 penerima.

Tahun ini seramai 15 graduan lelaki menerima anugerah itu termasuk seorang daripada mereka menerima anugerah khas.

Shahrizat berkata untuk melahirkan pelajar cemerlang, ia perlu bergantung kepada tiga faktor utama termasuk kerajaan yang stabil.

"Tanpa kerajaan yang stabil, ekonomi yang kukuh tidak dapat diwujudkan yang akhirnya menyukarkan kerajaan menyediakan fasiliti untuk pendidikan," katanya.

Selain itu, beliau berkata ibu bapa juga perlu memainkan peranan mereka untuk menyediakan suasana pendidikan yang kondusif.

Sementara itu, Shahrizat berkata alumni untuk penerima anugerah itu akan diwujudkan dan pemberian anugerah itu akan diperluas kepada graduan cemerlang dari institusi pengajian tinggi swasta pada masa hadapan.

Penerima Anugerah Khas, Ahmad Wafi Sahedan, 22, lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Fizik, Universiti Sains Malaysia berkata beliau amat menghargai pengiktirafan yang diberi dan menganggap ia satu pengiktirafan tertinggi kepada graduan.

"Saya tidak sangka akan menerima anugerah sebegini dan saya amat berterima kasih kepada Umno," katanya yang pernah mewakili negara ke negara luar untuk persidangan mahasiswa.


Sementara itu seorang lagi penerima anugerah Faatin Razali,22 daripada Universiti Malaya turut menyatakan bahawa anugerah berkenaan adalah satu simbol penghargaan terhadap jasa wanita dalam pembangunan negara.Beliau turut melahirkan rasa terkejut dan terharu kerana terpilih untuk menerima anugerah ini dan merupakan hadiah istimewa buat keuda ibu bapanya.
Read more…