Kuantan, 29 Disember - "Semuanya berlaku begitu pantas.Kami tak sempat buat apa-apa" kata Cikgu Aisyah,40 mangsa banjir besar yang melanda Kuantan semenjak 24 haribulan yang lalu.
Beliau yang merupakan guru tadika di Sg Galing Besar berkongsi pengalamannya semasa banjir yang melanda tadika tempatnya mengajar.
"Semasa banjir melanda kami sedang membuat bacaan yasin dan tahlil sebelum hujan lebat melanda dan air naik sehingga paras dada kira-kira jam 11 pagi"
"Saya masih trauma dengan keadaan yang telah berlaku. Tidak sangka air begitu cepat naik dan rakan-rakan ditenggelami air parat dada. Kami semua berdiri di atas meja salama 2 jam sebelum bot JPAM datang."
Beliau berkata kepada pemberita semasa program Aman Kampus Turun Berbakti yang melibatkan hampir 80 mahasiswa yang menjadi sukarelawan untuk membantu mangsa banjir di Sg Galing Besar,Kuantan.
Program kali ini melibatkan mahasiswa daripada UKM,HUKM,Kolej Kesihatan Tun Dr Ismail serta UNIKL membantu masyarakat setempat membersihkan kawasan yang terjejas teruk akibat bencana berkenaan.
 |
Shahar bersama Dato' Hassan Malek,Timb.Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah |
Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi (ASPIRASI),Shahar Abdullah berkata ini merupakan aktiviti pertama Aman Kampus membantu mangsa bencana alam.
"Kita mahu mahasiswa mendekatkan diri dengan masyarakat walau dimana mereka berada"
"Kita mahu menyeru mahasiswa supaya selalu bersama masyarakat dan tidak membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti berkhemah di Dataran Merdeka"
 |
| Vicknesh,UKM |
Dalam pada itu beliau turut bercadang untuk meneruskan membantu mangsa banjir ini di Kelantan minggu hadapan.
Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Hasan Bin Malek dan ADUN Teruntum, Dato' Chang Hong Seong.
Sementara itu,Vicknesh pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia berkata beliau amat gembira kerana diberi peluang untuk menyertai program seperti ini.
"Disamping berkenalan dengan rakan-rakan pelbagai bangsa,saya turut dapat bersama-sama masyarakat untuk merasai sendiri kesusahan mereka ketika ditimpa bencana.
 |
Ina,22 tahun berharap agar Aman Kampus diperluaskan ke kampusnya |
Seorang lagi mahasiswi,Siti Ina Syakina,22 tahun mencadangkan agar program Aman Kampus ini lebih diperluaskan kepada kampusnya iaitu Kolej Kesihatan Tun Dr Ismail (KKTDI)
"KKTDI merupakan kelompok yang lebih kepada komuniti yang belajar mengenai kesihatan justeru program-program seperti ini amat sesuai jika melibatkan lebih ramai mahasiswa daripada KKTDI"
Beliau juga tidak menolak jika diberi peluang lagi untuk bersama-sama Aman Kampus dalam program-progam yang akan dijalankan pada masa akan datang.
 |
Mohad Azli bin Daud,41,kerugian belasan ribu ringgit akibat bencana |
Aman Kampus turut berkesempatan melawat mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Galing Besar yang menempatkan seramai 210 orang dan melibatkan 42 buah keluarga.
Salah seorang mangsa bencana Mohd Azli bin Daud yang ditempatkan disini,berkata ini merupakan kali pertama dalam sejarah banjir yang melanda begitu teruk kesannya.
Beliau yang merupakan anak jati Sg Galing berkata "Dalam sejarah 40 tahun saya menetap disini ini merupakan kejadian banir yang paling buruk dalam sejarah".
Beliau yang kerugian belasan ribu ringgit turut menceritakan air naik mendadak dalam jangka masa kurang sejam.
"Saya pada ketika itu hanya memikirkan mengenai isteri dan anak-anak yang berada di rumah".Beliau juga turut berterima kasih kepada ramai pihak yang sudi memberikan bantuan berupa makana dan pakaian.
"Antara pihak yang menyumbang ialah 1Malaysia Develepment Berhad, Kelab Putera 1Malaysia, Media Prima Adabi,Tabung bencana NSTP,agensi kerajaan dan individu"
Kelmarin, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan mencemar duli ke SK Galing Besar melawat mangsa banjir di sini
.