Calon-Calon GMUKM Berlatar-belakangkan Keluarga Tegar Pakatan Pembangkang?
Monday, 24 September 2012
RENCANA KHAS PRK UKM 2012
Tertarik dengan tulisan penulis jemputan kami GreenHood dari www.kritis-online.com antara segmen klip video yang dimainkan adalah sentimen membobrokkan kumpulan Aspirasi Mahasiswa UKM dikaitkan dengan parti politik luar kampus iaitu UMNO KAMPUS.
Selain melabelkan Aspirasi Mahasiswa dengan UMNO KAMPUS (ironinya, PKR turut memasuki universiti-universiti bagi menubuhkan kelab penyokong terdiri dari mahasiswa dan kakitangan), Gabungan Mahasiswa UKM atau GMUKM yang berkiblatkan perjuangan Pro-M mendukung aspirasi pakatan pembangkang; GMUKM turut melaungkan slogan TOLAK CALON SISTEM.
 |
| Artikel mengenainya pernah dikeluarkan baru-baru ini |
Kami cuba mendapatkan pandangan pelajar UKM apakah sebenarnya definisi kepada CALON SISTEM?
Rafiuddin bin Rabu, 23 tahun dari Fakulti Sains Sosial & Kemanusian, UKM berpendapat bahawa 'calon sistem' yang dibobrokkan kepada Aspirasi Mahasiswa UKM (Aspirasi) adalah di mana seorang calon itu ditentukan oleh pentadbiran universiti mahu pun kolej bagi bertanding atas tiket Aspirasi.
Amira Anis binti Ahmad, 21 tahun dari Fakulti Sains Sosial & Kemanusian, UKM turut sama berpendapat 'calon sistem' mainan bibir ke bibir mahasiswa terbitan GMUKM yang mendukung aspirasi pakatan pembangkang hanyalah satu mitos yang lama. Ujarnya “Kini mahasiswa tidak lagi terpengaruh dengan momokan calon sistem kerana mahasiswa kini lebih memahami hak-hak mereka dalam memilih wadah perjuangan mereka”.
Sebaliknya, dalam siasatan kami, perjuangan GMUKM lebih berkiblatkan Pro-M yang mendukung aspirasi pakatan pembangkang dan mereka bukan sekadar dilatih bahkan mempunyai darah perjuangan yang mengalir mengikut acuan ibu-bapa mereka.
 |
| ADUN Bangi di mana UKM induk berpaksi |
Kita ketepikan faktor Dewan Undangan Negeri (DUN) Bangi yang dijaga selia oleh YB Dr Shafie Abu Bakar dan kerapatannya dengan ahli-ahli GMUKM; beberapa calon dari GMUKM dilihat berlatar-belakangkan keluarga yang aktif dalam wadah politik pembangkang.
Antara calon GMUKM punyai latar-belakang keluarga yang aktif berpolitik fahaman pembangkang adalah Mohamad Arief bin Othman yang bertanding atas tiket umum tahun 3/4.
Bapanya seorang pesara dari syarikat permotoran Auto Audi yang menetap di Taman Hill Park, Batang Kali merupakan ahli serta peyokong tegar PKR.
Manakala Azrai bin Ahmad Zamri yang bertanding di bawah tiket Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan tahun 3/4 juga punyai bapa yang menetap di kampung Geliga, Kemaman dan tegar menjadi ahli Pas serta mendukung perjuangan Pas.
Rumahnya sahaja di sebelah markas Pas.
Satu lagi contoh calon keluaran GMUKM yang punyai darah mengalir dari keluarga tegar memperjuangkan agenda pakatan pembangkang adalah Mustapha Kamil Husen Abd Kadir yang mencalonkan diri atas tiket Fakulti Kejuruteran & Alam Bina.
Keluarganya yang menetap di kampung Libang, Ranau adalah antara pelopor penubuhan PKR di kawasan Sabah itu.
Dari contoh-contoh yang diberikan di atas, bagaimana sanggup GMUKM menuduh Aspirasi adalah ejen UMNO dengan melabelkan mereka sebagai ‘UMNO Kampus’ serta ‘calon sistem’ sedangkan darah perjuangan yang mengalir dari calon-calon GMUKM sendiri adalah darah dari asuhan aliran pakatan pembangkang?
 |
| MPP UKM sesi 2010/11 terdiri dari GMUKM yang kerapatan dengan ahli politik pembangkang |
Tags:
kampus,
kampus semenanjung